Wednesday 26 June 2013

Baca dan Hayati cerita Ini :)

   *SELAMAT MEMBACA :) ENJOY IT !*

  Pada hari Ahad , Syaza bangun solat subuh......sejak kebelakangan ini KLANG asyik hujan...setiap pagi hujan akan turun .. tetapi pagi ini hujan belum turun cuma langit kelihatan mendung dan semakin gelap .. Ini tandanya hujan akan turun .. selepas solat subuh seperti biasa Syaza dan kawan-2nya akan mmbuat 'STUDY GROUP'...Tetapi Kawan-2 Syaza Akan Tidur Selepas Subuh .. Kawan-2 Syaza menyuruh Syaza mengejut mereka jika masuk wktu Study Group !! .." kasih bangun!! "tetapi kasih tidak bangun .." syida, syida , syida  ..bangun !! " ... " kasih , syida .. bangun lah korang kata nak buat study group !! .. cepatlah bangun !! ".. syaza mengejut mereka beberapa kali tetapi mereka tetap tidak sedarkan diri .. syaza sambung mengejut mereka .. Jika syaza  tidak mengejut mereka .. nanti mereka marah syaza .. Sudah masuk 30 minit syaza mengejut mereka .. mereka tetap tidak mahu bangun !! ...

   selepas itu syaza keluar dorm hendak ke bilik air . selepas syaza menghabiskan hajat nyer . syaza mahu pulang ke dorm .. syaza memandang ke langit ... langit semakin gelap dan guruh semakin kuat .. dia berlari ke dorm ... sedang dia berlari .. syaza terlihat seorang melambai-2 kepada syaza di dorm yang bersebelahan dgan dorm syaza .. syaza pon berkata " syukur ... ada jugak teman yang boleh diajak belajar bersama .. " !! semakin dekat syaza berlari ke dorm Yg bersebalahn degan bilik syaza semakin Hilang bayang Jiran syaza dari pandangan syaza .. syaza Pun mengetuk dan memberi salam pada dorm tersebut ... !! .. tetapi tiada org yang menyahut .. !! .. syaza cuba mmbuka pintu tetapi tidak boleh membukanya !! ..

   selepas syaza berputus asa .. syaza pergi ke biliknya kembali .. syaza mahu buka Pintu Dormnya .. tetapi tidak boleh buka .. Hujan semakin lebat dan petir banyak mnyambar .. !! .. guruh smkin kuat !! .. pintu yang syaza cuba membuka tiba-2 boleh dibuka !! .. syaza terkejut apabila katil yang disusun rapi sudah tumbang terbalik .. loker yang berada di dinding sudah hancur .. biliknya yang kemas tiba-2 berselerak .. !! .. syaza ternampak Kawan2 sebilik dengannya melambai-2 kepada syaza di bilik belakang !! . syaza menjerit .. " wei .. korang .. jangan lah tinggalkan aku !! ..." syaza pun berlari menuju ke Kawan-2nya ..!! tiba-2 syaza tersungkur ke dalam lubang yang besar .. kaki syaza sakit dan berdarah!! .. syaza memanggil mereka sekali lagi .. " We .. jangan lah tinggalkan aku .. aku ingat lagi semasa kita ketawa , menangis dan gembira...bila aku menangis korang pujukkan .. bila korang menangis aku yang pujukkan .. susah senang semua kita tempuhi .. aku takut wei ! .. aku tak nak bersendirian kat sini .. !! tolonglah aku .. jgan lah buat kat aku mcm  ni !! aku rindu korang wei !! jangan lah macam ni .. !! aku sedih !! "

   tiba-2 ringtone Handset Syaza berbunyi .." SYAZA .. KITAORANG KAT SINI CEPATLAH DATANG !! ".. Syaza menyelukan tangannya ke poket kiri tetapi Handset tiada.. Jika Tiada di kiri pasti ada di kanan .. Syaza Pun menyelukkan tangannya ke poket kanan .. Tetapi tiada juga !! Syaza berkata .." mana pulak Handset aku ni !! " Syaza mahu keluar dari lubang .. Syaza bangun dan memanjat !! apabila Syaza sudah keluar .. Syaza mahu ke bilik belakang sambil berkata .." Wei , Tunggu aku .. Aku pun nk ikut !! " Syaza baru je nak berlari tiba-2 Ada orang yg menepuk bahu kananye ?
           Tiba-2 .. Syaza melihat dirinya di dalam bas mahu ke KL .. Syaza melihat jam tangan Syaza .. pukol 1:35 .. syaza mengeluh  .. " Nasib baik mmpi .. " syaza menyelukkan tanganya ke poket kiri dan kanannya untuk memastikan Handset syaza masih ada .. Syukur Masih ada .. Inilah mimpi yang paling NGERI .. !!

    CERITA INI HANYA REKAAN SEMATA-2 ? TIADA KENA MENGENA NGAN HIDUP ATAU MATI ? SORRY KEPADA KAWAN2 SYAZA YG SYAZA AMEK NAMA DIA NI ? Hehe ^^ Hope korang Enjoy Cite nieh ? Thanks 4Reading :)

RAMADHAN dah DEKAT laa ~

  Hye , stalker ? assalamualaikum :) kay . now ? our topic is ? "yg tertulis diatas" haha ~ kay ? 

  Ramadhan dh dekat dh sayang ? korang yg prempuan tu dh habes belom puasa ganti ? kalau xkena bayar DENDA yee ? hurmm .. hahh ! ckp pasal Ramadhan ? dh baca belom post syaza pasal 


Makna Dibelenggu Syaitan Pada Bulan Ramadhan "


hurmm ~ .. syaza harap satu je ? Puasa syaza tahun ni PENUH ? xdemam ? xsemput ? xsakit ? n xde pape halangan ? hehe~ .. n DOA syaza dimakbulkan ? ehhe ~ hope korang mcm tu jugak ye ? syaza teringin sangat nk buat  bnyak pahala TAHUN ni ? hehe ~ .. tu je lah syazank share ? syaza pon tgh buntu nk ckp psl ape ? kay ? nnti syaza ada cite ? syaza dtg balek kay ? assalamualaiku m ! bye ?^^ sayang korang !


Gosh ! Esok Sekolah :)

  Hye , assalamualaikum :) kay ? now .. syaza nk cakap pasal ESOK SEKOLAH ! ? wooo ~ dah 3 hari sekolah cuti sbb jerebu kan ? ini semua dtg dri HUTAN yg dri INDONESIA tuu~ hehe ^^ .. Jerebu Ni membahayakan kesihatan kan ? hurmm .. syaza xrasa sesak pon bila hidu jerebu ni ? hehe~ tpi , buah pggang syaza sakit lah :) kay ? 

  Jerebu belah selangor dah okey dah .. so , esok dh START SEKOLAH:) hehe ! but , syaza xskola esok sbb skrg syaza kat KL .. xbalek asrama lagi :) .. maybe jumaat kowt syaza pergi sekolah :)


  Sekolah korang dh start jugakkan ? hurmm ~ so , yg SPM tu belajar betul2 ye ? yang Form 4 pon same ? skolah agama ade preksa besar kn form4 ? yg PMR tu jangan banyak maen ? senang cite ! Semua lah kena belajar betul2 .. tau3 .. hehe ~ .. lagi2 yg PBS .. jangan ckp ! terSEKSA woo ~ .. sumpah terseksa .. haha .. Its Like Ada PREKSA setiap hari , dn setiap masa :) Gosh ! haha .. :) 


  Kay lah stalker ? syaza nk out dulu ? nnty syaza dtg ? syaza UPDATE bnda baru lah ye ? bye2 .. assalamualaikum :)

BATAS-BATAS AURAT LELAKI DAN PEREMPUAN :)

بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه، وبد


Assalamualaikum , hye stalker ? now , syaza nak cerita pasal Batas-2 aurat lelaki dan perempuan :)
Aurat dari segi bahasa; ialah keaiban.
Manakala dari segi istilah Syarak; ialah bahagian-bahagian tertentu pada tubuh manusia yang wajib ditutup.
Jadi, aurat bermaksud bahagia-bahagian tertentu yang wajib dilindungi daripada pandangan orang ajnabi(orang yang boleh berkahwin dengannya) kerana perbuatan tersebut dianggap suatu yang mengaibkan di sisi agama Islam.

AURAT KETIKA BERSENDIRIAN
1. Ulama’ Mazhab Hanafi dan Hambali berpendapat: “Sebagaimana dilarang seorang mukallaf (orang yang dituntut beramal dengan suruhan dan meninggalkan larangan) mendedahkan aurat ketika berhadapan dengan orang yang dilarang melihat auratnya, maka demikian juga dilarang mendedahkan auratnya ketika ia bersendirian kecuali ketika dharurat atau terpaksa dibuka seperti ketika qadha’ hajat atau ketika mandi. Ketika dharurat diharuskan membukanya.”
2. Sementara Ulama’ Mazhab Maliki dan Syafi’ie berpendapat: “Ketika seseorang itu bersendirian, tidak diharamkan mendedahkan auratnya hanya makruh kecuali ketika dharurat kerana ketika dharurat diharuskan membukanya.”
BATAS-BATAS AURAT LELAKI
Rasulullah SAW bersabda:

عنِ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:

((لَا يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ، وَلَا الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ، وَلَا يُفْضِي الرَّجُلُ إِلَى الرَّجُلِ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ، وَلَا تُفْضِي الْمَرْأَةُ إِلَى الْمَرْأَةِ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ)) [صحيح مسلم]


Maksudnya: “Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada (tidur) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian.” [HR Muslim].
Ulama mempunyai pelbagai pendapat dalam hal had atau batas aurat lelaki ini;
1. Mazhab Hanafi dan Hambali berpendapat: “Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang bukan mahramnya kecuali kepada isterinya. Selain dari isterinya diharamkan melihat aurat di antara pusat hingga lututnya”.
Isteri boleh (harus) melihat aurat suami kecuali pada kemaluan kerana melihat kemaluan masing-maisng adalah MAKRUH.
2. Imam Malik dan Imam Syafi’ie berpendapat: “Aurat lelaki ada dua keadaan:
(1) Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang mahram dengannya. Auratnya ialah di antara pusat hingga lutut sahaja.
(2) Auratnya dengan perempuan yang bukan mahramnya.
Auratnya adalah seluruh tubuh badannya.
[Rujuk Kitab al-Fiqh ’Ala al-Mazahib Al-Arba’ah, jilid 1 dalam bab Mabhas Sitr Al-Aurah].

BATAS AURAT WANITA DENGAN LELAKI
Para Ulama’ bersepakat berpendapat bawah aurat perempuan kepada lelaki yang bukan MAHRAMNYA ialah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT adalam surah An-Nur ayat 31, Al-Ahzab ayat 53 dan ayat 59 serta riwayat beberapa buah hadith.
Firman Allah SWT:

{وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ}


Maksudnya: “{Dan janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka hingga ke bawah dada}.” [An-Nur: 31].




FIRMAN ALLAH :


{يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا} الأحزاب (59)


Maksudnya: {Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri dan anak-anak perempuan kamu serta kepada para isteri orang mukmin sekalian, hendaklah menghulurkan JILBAB mereka ke seluruh tubuh badan mereka kerana dengan itu mereka akan mudah dikenali (sebagai wanita mukminah) dan mereka selamat daripada gangguan. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang}.” [Al-Ahzab: 59].
Firman Allah lagi:

{وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَاسْأَلُوهُنَّ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ ذَلِكُمْ أَطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّ} الأحزاب (53)


Yang bermaksud: “{Apabila kamu bertanya atau meminta sesuatu keperluan kepada mereka (isteri-isteri Nabi SAW), maka hendaklah di sebalik tabir. Cara demikian adalah lebih mensucikan hati kamu dan hati mereka …}” [Al-Ahzab: 53]
Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari disebut riwayat dari Ibn Syihab dari ’Urwah dan dari Aishah, R.anha berkata:
“Semoga Allah mencucuri rahmat kepada wanita-wanita Muhajirin yang mulia iaitu tatkala Allah menurunkan ayat 31 surah An-Nur, mereka teus mengoyak kain selendang lalu menutup diri mereka dengannya”. [Tafsir Ibn Kathir juz 3 halaman 284]
HR Abu Daud daripada Saidatina Aisyah Radhiyallahu ‘anha bahawa suatu hari kakaknya iaitu Asma’ binti Abu Bakar datang mengadap Rasulullah SAW sedangkan ia berpakaian nipis (jarang). Melihatkan keadaan itu, Rasulullah SAW terus berpaling muka dan bersabda maksudnya: “Wahai Asma’, apabila seorang wanita telah sampai masa haid (baligh), maka lelaki ajnabi tidak boleh melihatnya, kecuali kadar had ini (Rasulullah SAW mengisyaratkan pada muka dan kedua tapak tangannya).
BATAS AURAT WANITA MENURUT ULAMA’ MAZHAB:
Antara batas aurat wanita yang telah ditetapkan oleh syariat menurut pendapat dan fatwa mazhab ialah;
1. Di hadapan lelaki bukan mahramnya ialah seluruh tubuh. Maksudnya semua termasuk rambutnya, mukanya, kedua tapak tangannya zahir dan batinnya juga kedua tapak kakinya. Hukum ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat”. (HR Al-Bazar dan At-Tirmizi).
2. Semasa seorang diri atau di hadapan lelaki mahramnya atau di hadapan wanita Islam yang baik akhlaknya, batas auaratnya adalah antara pusat hingga lutut. Walau bagaimanapun, bagi menjaga adab serta memperhalusi akhklak ketika berhadapan dengan lelaki yang mahramnya, eloklah wanita itu menjaga dan menutup auratnya yang selain dari pusat hingga lutut agar tidak menimbulkan ghairah kepada lelaki walaupun darjatnya mahrahm dengannya. Lebih-lebih lagi ditakuti akan timbul fitnah, kes sumbang mahram dan lain-lain.
3. Di hadapan wanita kafir dan wanita yang rendah akhlaknya, aurat wanita itu adalah seluruh tubuh kecuali anggota yang zahir ketika bekerja iaitu kepala, muka, leher, dari dua tapak tangan hingga ke siku sahaja dan dua tapak kakinya. Selain itu adalah diharamkan membukanya.
4. Aurat wanita sahaya (hamba) kepada lelaki yang mahram dengannya dan sesama perempuan auratnya adalah dari pusat hingga lutut. Dengan lelaki bukan mahram dengannya (ajnabi) auratnya adalah seluruh tubuh badan.
Penjelasan-penjelasan ulama tentang batas-batas aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram).
Perbezaan pendapat;
1. MAZHAB SYAFI’IE: ada 2 qaul;
a) Qaul pertama: Aurat wanita merdeka di hadapan lelaki ajnabi ialah seluruh tubuh badan tanpa kecuali. Qaul ini adalah qaul yang paling soheh dalam Mazhab Syaf’ie.
b) Qaul kedua: Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau bagaimanapun, jika mendedah muka dan dua tapak tangan boleh menimbulkan fitnah kepada wanita itu, maka ketika itu wajiblah menutup seluruh tubuh badan tanpa kecuali. Fitnah iaitu ( ”apa yang lahir pada dirinya yang mana dengan melihatnya boleh mendatangkan nafsu syahwat).
2. MAZHAB HAMBALI: ada 2 qaul;
a) Qaul pertama: Semua anggota wanita adalah aurat tanpa kecuali kepada lelaki ajnabi.
b) Qaul kedua: Semua anggota tubuh wanita bagi lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan. Tapi jika mendedahkan boleh mendatangkan fitnah, maka wajiblah juga menutupnya.
3. MAZHAB HANAFI: ada 2 qaul;
a) Qaul pertama: Aurat wanita merdeka di hadapan lelaki adalah seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau bagaimanapun, jika mendedahkan boleh mendatangkan fitnah, maka wajiblah juga menutupnya.
b) Qaul kedua: Semua anggota tubuh wanita bagi lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan hingga ke pergelangan tangan dan dua tapak kaki.
4. MAZHAB MALIKI: Aurat wanita merdeka di hadapan lelaki adalah seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau bagaimanapun, jika mendedahkan boleh mendatangkan fitnah, maka wajiblah juga menutupnya.
SIAPAKAH YANG DIKATAKAN GOLONGAN MAHRAM BAGI WANITA.
1. Bapa sendiri ( bapa kandung).
2. Bapa suami (bapa mertua).
3. Anak lelaki.
4. Anak lelaki suaminya (anak tirinya atau anak isteri lain bagi suaminya sama ada isteri itu masih hidup atau telah bercerai atau meninggal) tetapi bukan anak dari bekas isteri suaminya dengan suami yang lain yang dikahwininya setelah bercerai dengan suaminya.
5. Saudara lelaki (adik atau abang seibu sebapa atau seibu sahaja atau sebapa sahaja).
6. Anak lelaki kepada saudara lelaki (anak saudara).
7. Anak lelaki kepada saudara perempuan (anak saudara).
8. Kanak-kanak lelaki yang bukan mahram yang belum mengerti tentang aurat wanita (belum mumayyiz).
9. Anak lelaki susuan.
10. Bapa susuan.
11. Saudara susuan.
12. Bapa saudara sususan, datuk saudara susuan hingga ke atas, dan anak saudara susuan hingga ke bawah.
13. Menantu lelaki.
DIBOLEHKAN LELAKI BUKAN MAHRAM MELIHAT AURAT WANITA DALAM BEBERAPA KEADAAN.
1. Ketika hendak meminang. Kadar sempadan aurat yang hendak dilihat ialah muka dan kedua tapak tangan sahaja.
2. Ketika berjual beli.
3. Doktor atau tabib bertujuan mengubat.
4. Ketika hendak menjadi saksi.
5. Ketika mengajar.
Beberapa kesalahan yang biasa dilakukan oleh ramai Muslimah samada mereka sedar atau tidak:
1) Berpakaian ketat dan menampakkan beberapa bahagian anggota tubuh.
2) Menyerupai pakaian lelaki seperti berseluar panjang dan berkemeja.
3) Menyerupai pakaian wanita-wanita kafir seperti fesyen-fesyen terkini yang jelas bercanggah dengan cara berpakaian Muslimah.
4) Tidak menutup sebahagian anggota tubuh. Ada yang nampak telinganya, nampak lehernya, nampak rambutnya, nampak lengannya, nampak kakinya dan sebagainya.
5) Pakaian tersebut penuh dengan perhiasan.
6) Kainnya nipis sehingga boleh dilihat walaupun kain tersebut menutup auratnya.
7) Pakaian yang dipakai mempunyai ciri-ciri kemahsyuran, ke’glamour‘an dan nilai-nilai kesombongan orang yang memakainya.
Mudah-mudahan dengan tersenarainya beberapa hal di atas, kita mendoakan agar saudara-saudara Muslimah kita semua dapat berubah dan mengambil tindakan untuk memperbetulkannya. Bukan mereka semua sengaja mahu langgar, tapi kadang-kadang akibat salah faham dan pengaruh sekeliling, maka mereka keliru dan jauh dari petunjuk agama.
Pakaian Muslimah yang betul dan tepat dengan kehendak syariat Islam ialah:
1) Menutup semua bahagian tubuh melainkan muka dan tapak tangan.
2) Pakaian tersebut tidak mempunyai ciri-ciri perhiasan yang boleh menarik perhatian.
3) Mestilah kainnya tebal. Mestilah tidak tembus cahaya dan tidak boleh nampak anggota tubuh.
4) Mestilah longgar (tidak ketat), supaya tidak menampakkan bentuk tubuh.
5) Tidak berwangi-wangian.
6) Tidak menyerupai pakaian lelaki.
7) Tidak menyerupai pakaian wanita kafir.
8) Pakaian tersebut mestilah tidak melambangkan kemasyhuran atau kesombongan.
Kay , sampai disini sahaja ? syaza nak gi solat isyak jap yee ? bye2 .. Assalamualaikum :)

Tentang Ramadhan


   Hyee , assalamualaikum ? sekrang syaza nk share pasal 

Makna Dibelenggu Syaitan Pada Bulan Ramadhan "

Rasulullah SAW Bersabda :


 إِذَا دَخَلَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ

Apabila masuk ramadhan , maka pintu-pintu Jannah (Syurga) pun dibuka, pintu-pintu jahannam ditutup, dan syaitan-syaitan pula dibelenggu.” (Riwayat al-Bukhari, 11/55, no. 3035)

Rasulullah SAW bersabda:

" Ketika malam pertama bulan Ramadhan datang, para syaitan dan pembangkang dari kalangan jin dibelenggu ." (Riwayat al-Tirmizi dan dia menganggapnya hasan)

Al-Allamah Muhammad bin Muflih rahimahullah berkata , " Menurut pemahaman zahirnya hadith inim syaitan-syaitan dibelenggu dan dirantai pada bulan Ramadhan . Atau yang dimaksud dengan para pembangkang pada lafaz ini adalah pembangkang dari kalangan jin . Seperti itu pula yang ditetapkan oleh Abu Hatim , Ibnu Hibban dan ulama ' yang lainnya . Maksud dari hadith ini bukan menafikan kejahatan sama sekali , tetapi memperkecil kejahatan , kerana lemahnya syaitan-syaitan ."

Dia melanjutkan, " Imam Ahmad memahami hadith ini sesuai dengan zahirnya, sebagaimana kata Abdullah bin Ahmad , "Saya berkata kepada ayah saya, mengapa kita kadang melihat ada orang yang kerasukan jin pada bulan Ramadhan? Ayah menjawab , " Beginilah yang terdapat dalam hadith , dan kamu tidak perlu menanyakan tentang hal itu ."

Dasar yang dipakai oleh Imam Ahmad, bahawa dia tidak mentakwil hadith-hadith kecuali yang ditakwil oleh ulama' salaf. Dan selama para ulama' salaf tidak menakwilkan sebuah hadith, dia juga tidak menakwilkannya."

Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin ketika ditanya tentang persoalan ini menjawab, “ Di dalam sebahagian riwayat hadith (maksudnya) : “Dibelenggu padanya (Ramadhan) syaitan-syaitan yang degil/derhaka. ” Atau (dengan lafaz) Tughallu di sisi al-Nasa'i atau yang seumpamanya yang termasuk dalam perkara ghaib yang mana hendaklah kita menerima dan membenarkannya, dan kita tidak membicarakannya lebih daripada yang itu, sesungguhnya inilah yang lebih selamat bagi agama seseorang dan lebih baik untuknya. Kemudian secara zahir dibelenggunya syaitan itu ( adalah membawa maksud dibelenggu ) daripada memesong / menyesatkan manusia disebabkan banyaknya kebaikan dan ( mereka banyak ) kembali ( bertaubat ) kepada Allah dalam bulan Ramadhan.”Dinukil dari buku Wiqayatul Insan Minal Jinni wasy-Syaitan oleh Syeikh Wahid Abdussalam Bali

My Photo :)

  Hye assalamualaikum stalker :) now , we meet again :) kay ? syaza nak tunjuk gambar2 syaza jew kat Post Nieh ? sbb maybe korang xtau syaza mne satu kan ? kay ? Hope you enjoy :) 

















Kay ? haa .. ini lah syaza ? hehe ~ sorry if syaza banyak berangan dlm gambar ni ? huhuhu ~ =,= .. kay ? semua dh kenal syazakan ? bagus :) 

Sekolah saya :)

  Hye , Assalamualaikum Stalker ? now , kita berjumpa lagi kan ? Kay ? sekarang syaza nak cerita pasal kawan2 syaza plak ? hurmm .. tapi gambar2 ni tahun lepas punye laa ~ hee ^^ 

  Hurmm .. tengok lah yee gambar2 yg akan syaza letak nanti :) hehe ^^




kay ? nama diberi AISYAH SYAFIQAH BT MOHD AZAM :) dia seorang yg comel :) baik hati , bnyak cakp dn macam2 lah :) hehe~ sekarang kita pergi ke gambar seterusnye ? hehe ~


kay ? ini plak ? nama diberi NUR KARMILA BT JALIL .. dia seorang yg comel jugak ? baik hati . tinggi n pandai . :) dia adalah KPOPPERS :)

Sekarang kita gi ke gambar seterusnye lah kay ? yg ni ramai2 punye ? so ? syaza xcerita satu2 gambar :) thanks :) Hope you enjoy it :)







Itulah dia .. kawan2 syaza budak asrama di Sekolah syaza :) kay lah syaza nak pergi solat dh ? assalamualaikum .. kita jumpa lain kali :) thanks 4 reading :)